(KERIS MAS)
Berikut adalah antara petikan cerita yang terdapat dalam cerpen Menjelang Merdeka:-
Keadaan diluar sudah mulai sunyi. Rokok yang kuhisap ini yang penghabisan daripada sisi bungkus yang baru sebatang kuhisap selepas minum pagi tadi. Kain jendela bergerak-gerak dimainkan angin yang mulai ringan ditinggalkan embun. Fikiran beralih pada pokok lain; dan sekarang sedang dibeli isteriku di pasar.
Keadaan diluar sudah mulai sunyi. Rokok yang kuhisap ini yang penghabisan daripada sisi bungkus yang baru sebatang kuhisap selepas minum pagi tadi. Kain jendela bergerak-gerak dimainkan angin yang mulai ringan ditinggalkan embun. Fikiran beralih pada pokok lain; dan sekarang sedang dibeli isteriku di pasar.
Menjelang Merdeka sudah tertulis pada kertas taip yag terletak di hadapanku. Baru itu sahaja yang siap sejak dua jam tadi. Maksudku hendak menulis gambaran rasa keperibadian manusia Tanah Melayumenyambut kemerdekaan tanah air yang sudah lama diperjuangkan ini. Tiap kali kuulang membaca tajuk itu, tiap kali pula hilang kesimpulan-kesimpulan yang hendak kusimpulkan. Yang mengganggu ialah ingatan lain; ingatan kepada Shahrum. Apabila ingatan kepada Shahrum ini mengganggu maka kehendak pada rokok pun datang. Habislah semua rokok sebungkus.>>>
<<<Angin pagi makin lama makin lemah. Kain pintu hanya sekali-sekali bergerak malas dan panas mulai menikam masuk, menggarisi hujung mejaku. Tajuk rencana "Menjelang Merdeka" masih belum terisi. Rokok sebungkus yang baru datang dari pasar sudah tinggal setengah. Dan dari dapur sudah tercium bau belacan dibakar. Sebentar lagi hawa panas akan membakar dan kekuatan dalam diriku pun akan hilang. Perlukah aku mempunyai kipas angin atau sebuah bilik sejuk? Perlukah aku mengamalkan sesuatu 'kemestian' baharu untuk menambahkan kekuatan diriku?>>>
<<<Hawa panas yang membakar itu datanglah sudah. Tajuk "Menjelang Merdeka" masih tinggal tidak terisi. Fikiran penuh oleh masalah-masalah hidup yang dikemukakan oleh Shahrum, masalah-masalah yang dialaminya dan yang mempengaruhinya; masalah ayahnya dan pemimpin-pemimpin politik, masalah dirinya dan 'kemestian-kemestian' yang terpaksa diterimanya, masalah kesedaran dan kesempatan untuk rakyat dalam pembangunan kehidupan kebangsaan yang mulia, makmur dan aman damai.>>>
<<<Seminggu selepas perayaan merdeka, tersiarlah berita Shahrum akan berangkat ke luar negeri menjadi pegawai tinggi sebuah kedutaan Persekutuan Tanah Melayu. Lenyaplah seorang pemimpin muda daripada tengah-tengah rakyat dan lahirlah seorang lagi pegawai tinggi yang akan menyemarakkan tanah air dan bangsa di luar negeri. Proses pembangunan Tanah Melayu berjalan terus menempuhi jambatan merdeka. Dan isteriku mengambil peluang menghantar isteri Shahrum membeli bahan kain songket dan perhiasan-perhiasan perak ke Kota Bharu - lambang Tanah Melayu di luar negeri.
Dipetik: Dewan Bahasa, Oktober 1957
Nota : Untuk Cerita Penuh Dapatkan Buku Keris Mas
Salam cik. Saya amat berminat dengan karya keris mas. Boleh tolong beritahu saya bagaimana nak mendapatkan buku koleksi cerpen keris mas dewan sastera 1949-1989? Atau lebih terperinci mengenai cerpen penuh "Ekor Kepala" Bantuan cik amat diperlukan..tSegala bantuan saya dahului dengan terima kasih.
ReplyDeleteWhat is a casino? How to make money online
ReplyDeleteYou 충주 출장샵 will find casinos 제주 출장안마 with a great bonus 울산광역 출장샵 offer 강릉 출장안마 that you can cash out in the form of a 광명 출장안마 deposit and then place your bets at the top of the